.:SELAMAT DATANG KE BLOG DUA KAPTEN KAMI:.

Saturday 19 May 2012

Panas..panas..panasnya..

Assalammualaikum kawan2 sume, saya asip, seperti yang diceritakan dalam introduction blog kami, asip kali ni nk mulakan coretan asip dengan kisah yang berkaitan dgn KEPANASAN.. hehehe.. bunyi mcm pelik, knapa asip persoalkan bab ni kat sini.


Kawan2, perasan x kalo kita duduk kat dlm bilik kadang2 kita rasa bahang atau panas. Sangat beruntung kalo rumah atau bilik seseorang tu mempunyai aircond atau penghawa dingin. Bagi yang pakai kipas pula, kadang2 rasa x cukup pakai satu je kipas, kan..kan.. hehehe.. 


Knapa asip bangkitkan isu kepanasan ni dan apa kaitannya dengan aircond dan kipas kat dlm rumah atau bilik.. 
Bukannya nk mengeluh atau x bersyukur, tapi asip nk cite pasal sesuatu yang berlaku pada kita skrg ni..


Cube kawan2 lihat dan amati ilustrasi yang asip buat dengan hanya menggunakan paint ni..



Illustrasi dimana bumi dlm keadaan yang panas..

Ha.. da tengok kan gambar kat atas ni, beginilah yang terjadi sekarang ni pada bumi kita yang indah dan permai ini. Jadi Mari kita mengenal bagaimana setiap proses ini berlaku sehingga menyebabkan berlakunya pemanasan global ini.

Bumi ini menjadi semakin panas dan hal ini telah dibangkitkan sebelum ini dan keadaan ini dikenali sebagai Global warming atau Pemanasan global. 

Sumber ni asip ambil dari url yang tertera :

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.
Kesilapan manusia terhadap alam sekitar menyebabkan banyak kesan negatif yang telah berlaku. Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Selain itu, berlakunya kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.
Antara faktor yang menyebabkan terjadinya pemanasan global ini adalah:
1. JEREBU
Jerebu boleh mengurangkan jarak penglihatan

Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan kesihatan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.








penipisan lapisan ozon membawa kebimbangan kepada duniaSuhu bumi akan meningkat 2. PENIPISAN LAPISAN OZON
Klorofluorokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis.Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti penyakit kanser kulit dan katarak mata.
3.  KESAN RUMAH HIJAU
Kawasan bandar menjadi panas berbanding sekitarnya.Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih banyak haba dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera.
4.PULAU HABA BANDAR
Hujan asid merbahaya kepada kesihatan manusia.Pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. Ia berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Akibatnya kita boleh mendapat sakit kepala.
5. HUJAN ASID
Kemarau menyebabkan tanah menjadi tandus dan gersangDi kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh tumbuhan, merosakkan binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid.
Dan akhir sekali adalah
6. KEMARAU
Kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan tumbuh-tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku.
Apabila berlakunya faktor-faktor di atas secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya peningkatan suhu kepada bumi. Cuba lihat graf di bawah ini yang menunjukkan suhu bumi yang semakin meingkat dengan cepat dari tahun ke tahun.
Jadi asip harap para pembaca blog ini sudilah memberi sedikit pandangan atau komen yang berkaitan dengan isu yang asip paparkan, walaupun isu ini sudah lama dibincangkan tetapi bagi asip kita semua masih tidak sedar akan hal yang mengakibatkan kemudaratan yang bakal kita hadapi.. 
Sesungguhnya Allah telah menjadikan kita sebagai khalifah dan bertanggungjawab menjaga semua hasil ciptaanNya dengan baik dan tidak melakukan sebarang kerosakkan yang boleh memudaratkan makhluk yang lain.. insyaallah.. 
ok kawan2 sampai sini dulu coretan asip untuk kali ini.. semoga kita jumpa lagi untuk isu2 yang lain.. insyaallah..

No comments:

Post a Comment