.:SELAMAT DATANG KE BLOG DUA KAPTEN KAMI:.

Tuesday 29 May 2012



CONGKAK OH CONGKAK

Assalamualaikum dan apa khabar semua. Harap semua sihat. Kali ini ejul nak berceloteh mengenai permainan congkak.
congkak diukir indah.

Ramai diantara pembaca blog 2 kapten ni mesti pernah merasai pengalaman bermain congkak. Mungkin ada yang pernah bermain di sekolah sebagai aktiviti korikulum, bermain dikampung bersama sepupu atau nenek pun main congkak dalam keadaan terketar-ketar huhuh. Paling menarik main congkak di sungai dongkak. Sungai congkak di batu 18 ulu langat. 

Baiklah, congkak adalah permainan tradisional orang melayu zaman dahulu. Pada masa itu congkak setaraf permainan PSP.  Budak-budak zaman dahulu kala inilah permainan mereka bersama teman teman, bermain di bawah pokok, di anjung rumah kayu dan sebagainya. Sekadar imaginasi ejul sahaja.
main congkak yang paling jimat.

Orang istana congkak mereka diukir dengan indah, berbanding orang biasa, mereka bermain congkak di atas tanah. Mereka menggali lubang-lubang pada tanah. Zaman sekarang, congkak dimain di seluruh dunia. Sekarang ini ada congkak yang boleh diubah suai. Canggih betul. 

Ejul pun pernah main congkak. Main di sekolah dulu.  Ejul main congkak yang dibuat daripada plastik dan berwarna coklat.  Congkak zaman dahulu dibuat daripada kayu. Congkak yang diperbuat dari kayu sangat unik kerana ada ukiran dan bentuk yang pelbagai. Congkak zaman sekarang daripada plastik, ada juga yang berwarna warni.
guli

Yang menimbulkan riuhnya ketika main congkak ni, apabila pemain ghairah mengutip buah pihak lawan. Huhuhu. 
congkak moden boleh ubah-ubah

Bentuk congkak ni sekali pandang macam sampan. Ia mempunyai 14 lubang kecil dan 2 lubang besar. 2 lubang besar inilah diisi dengan guli. Oh ya, congkak boleh dimain sebanyak 2 orang pemain sahaja. 

Seronoknya main congkak ni, apabila kita dapat makan semua guli pihak lawan. Lagi seronok apabila kita dapat kumpul banyak guli, bila guli banyak dan pihak lawak tiada guli itu maknanya kita menang. Guli ni ialah buah congkak, selain guli buah saga juga digunakan.

Bertahun ejul tidak main congkak. Teringin pula... kapten acip jom main congkak. Wey! jomla.

No comments:

Post a Comment