CONGKAK OH CONGKAK
Assalamualaikum dan apa khabar semua. Harap semua sihat.
Kali ini ejul nak berceloteh mengenai permainan congkak.
congkak diukir indah. |
Ramai diantara pembaca blog 2 kapten ni mesti pernah merasai
pengalaman bermain congkak. Mungkin ada yang pernah bermain di sekolah sebagai
aktiviti korikulum, bermain dikampung bersama sepupu atau nenek pun main
congkak dalam keadaan terketar-ketar huhuh. Paling menarik main congkak di
sungai dongkak. Sungai congkak di batu 18 ulu langat.
Baiklah, congkak adalah permainan tradisional orang melayu
zaman dahulu. Pada masa itu congkak setaraf permainan PSP. Budak-budak zaman dahulu kala inilah
permainan mereka bersama teman teman, bermain di bawah pokok, di anjung rumah
kayu dan sebagainya. Sekadar imaginasi ejul sahaja.
main congkak yang paling jimat. |
Orang istana congkak mereka diukir dengan indah, berbanding
orang biasa, mereka bermain congkak di atas tanah. Mereka menggali
lubang-lubang pada tanah. Zaman sekarang, congkak dimain di seluruh dunia. Sekarang
ini ada congkak yang boleh diubah suai. Canggih betul.
Ejul pun pernah main congkak. Main di sekolah dulu. Ejul main congkak yang dibuat daripada
plastik dan berwarna coklat. Congkak
zaman dahulu dibuat daripada kayu. Congkak yang diperbuat dari kayu sangat unik
kerana ada ukiran dan bentuk yang pelbagai. Congkak zaman sekarang daripada
plastik, ada juga yang berwarna warni.
guli |
Yang menimbulkan riuhnya ketika main congkak ni, apabila
pemain ghairah mengutip buah pihak lawan. Huhuhu.
congkak moden boleh ubah-ubah |
Bentuk congkak ni sekali pandang macam sampan. Ia mempunyai
14 lubang kecil dan 2 lubang besar. 2 lubang besar inilah diisi dengan guli. Oh
ya, congkak boleh dimain sebanyak 2 orang pemain sahaja.
Seronoknya main congkak ni, apabila kita dapat makan semua
guli pihak lawan. Lagi seronok apabila kita dapat kumpul banyak guli, bila guli
banyak dan pihak lawak tiada guli itu maknanya kita menang. Guli ni ialah buah
congkak, selain guli buah saga juga digunakan.
Bertahun ejul tidak main congkak. Teringin pula... kapten
acip jom main congkak. Wey! jomla.
No comments:
Post a Comment