.:SELAMAT DATANG KE BLOG DUA KAPTEN KAMI:.

Tuesday, 29 May 2012



CONGKAK OH CONGKAK

Assalamualaikum dan apa khabar semua. Harap semua sihat. Kali ini ejul nak berceloteh mengenai permainan congkak.
congkak diukir indah.

Ramai diantara pembaca blog 2 kapten ni mesti pernah merasai pengalaman bermain congkak. Mungkin ada yang pernah bermain di sekolah sebagai aktiviti korikulum, bermain dikampung bersama sepupu atau nenek pun main congkak dalam keadaan terketar-ketar huhuh. Paling menarik main congkak di sungai dongkak. Sungai congkak di batu 18 ulu langat. 

Baiklah, congkak adalah permainan tradisional orang melayu zaman dahulu. Pada masa itu congkak setaraf permainan PSP.  Budak-budak zaman dahulu kala inilah permainan mereka bersama teman teman, bermain di bawah pokok, di anjung rumah kayu dan sebagainya. Sekadar imaginasi ejul sahaja.
main congkak yang paling jimat.

Orang istana congkak mereka diukir dengan indah, berbanding orang biasa, mereka bermain congkak di atas tanah. Mereka menggali lubang-lubang pada tanah. Zaman sekarang, congkak dimain di seluruh dunia. Sekarang ini ada congkak yang boleh diubah suai. Canggih betul. 

Ejul pun pernah main congkak. Main di sekolah dulu.  Ejul main congkak yang dibuat daripada plastik dan berwarna coklat.  Congkak zaman dahulu dibuat daripada kayu. Congkak yang diperbuat dari kayu sangat unik kerana ada ukiran dan bentuk yang pelbagai. Congkak zaman sekarang daripada plastik, ada juga yang berwarna warni.
guli

Yang menimbulkan riuhnya ketika main congkak ni, apabila pemain ghairah mengutip buah pihak lawan. Huhuhu. 
congkak moden boleh ubah-ubah

Bentuk congkak ni sekali pandang macam sampan. Ia mempunyai 14 lubang kecil dan 2 lubang besar. 2 lubang besar inilah diisi dengan guli. Oh ya, congkak boleh dimain sebanyak 2 orang pemain sahaja. 

Seronoknya main congkak ni, apabila kita dapat makan semua guli pihak lawan. Lagi seronok apabila kita dapat kumpul banyak guli, bila guli banyak dan pihak lawak tiada guli itu maknanya kita menang. Guli ni ialah buah congkak, selain guli buah saga juga digunakan.

Bertahun ejul tidak main congkak. Teringin pula... kapten acip jom main congkak. Wey! jomla.

Wednesday, 23 May 2012

Salam ya sahabat..

Assalammualaikum dan apa khabar saudara2ku semua yang ada di luar sana. Kali ni asip nk coretkan sedikit sahaja buat pengisian blog Nebula Kuda ini. Sahabat... oh sahabat.. Seringkali kita mendengar lagu2 atau sajak dan puisi mengenai "Sahabat", paling asip minat ade sebuah lagu nasyid ni yang juga mengisahkan tentang sahabat dimana lagu ini di nyanyikan oleh kumpulan nasyid yang tidak asing lagi yang asip rasa semua orang kenal akan kumpulan ini dan tahu lagunya juga.. Tajuk lagunya adalah "Sahabat sejati" yang dipopularkan oleh kumpulan UNIC suatu ketika dahulu. Kalau kawan2 nk dengar dan tonton klik play kat video yang asip ambil dari youtube ni. Sambil2 kita dengar apa kata kita hayati bersama lirik yang dicetuskan oleh penulis lagu ini sendiri mengenai Sahabat.


Antara bait2 lagunya yang menyentuh jiwa asip:

Oh, Tuhan.. tunjukkanku jalan..
untuk menempuhi dugaan ini..
Teman maafkan jika ku melukaimu..
Moga ikatan ukhuwah yang dibina
ke akhirnya...

Jadi marilah sahabat2 semua yang diluar sana kita hargai segala pengorbanan yang sahabat kita telah lakukan dan jangan sekali-kali kita melukakan hatinya..

Salam sayang buat sahabat2ku semua..
ajibtu@asif

Monday, 21 May 2012

Ahlan wa sahlan ya Rejab.


Assalammualaikum kawan2 sume, ni asip..  
Alhmdulillah kini sudah tiba Bulan Rejab dimana bulan ini digambarkan sbg bulan Allah S.W.T. Terdapat beberapa fadhilat yang asip terjumpa dalam internet dan asip rasa asip nak share ngan kawan2 sume..

Kalo kawan2 nak tahu fadhilat serta kelebihan dlm bulan Rejab ni kawan2 bolehlah buka link yang asip da bagi kat bawah.. Asip rasa asip x patut copy n masukkan kat dlm blog ni. so kawan2 klik je kat link ni k..hehe

Selamat membaca serta beribadah kawan2 sume..
[___]
(^_^)

Ini dumbell.
 Dumbbell


Assalamualaikum dan apa khabar semua. Saya ejul. Kali ini saya pula yang menulis di blog nebula kuda yang menarik ini.

Sedang bersenam menggunakan Dumbbell
Baiklah.  Setiap anggota tubuh badan mempunyai peranannya. Terus kepada tangan saya ingin fokuskan pada lengan untuk artikel kali ini. Setipa manusia dikurniakan sepasang tangan. Dalam kes-kes tertentu, ada yang memiliki lebih dari sepasang tangan. Namun ada pula yang kurang, akibat dari kemalangan, penyakit dan memang dilahirkan kekurangan. 

Banyak kegunaan tangan ini pada manusia dan haiwan. Dengan tangan kita dapat melakukan pelbagai jenis kerja. Kita dapat memegang, menyentuh, berpaut, menangkap sesuatu, mempertahankan diri, menampung diri untuk bangun dan banyak sangat fungsi tangan ini.
Tangan juga perlukan senaman untuk menambahkan lagi kekuatan otot padanya. Tangan pada pemerhatian saya ialah dari bahu, lengan sampailah ke jari tangan. 
otot-otot jelas kelihatan.


Antara senaman yang boleh dilakukan untuk menguatkan tangan ialah dengan menggunakan alatan senaman seperti Dumbell. Mungkin sahabat saya asip boleh manambah lagi pada artikel yang akan datang mengenai senaman tangan ini. Saya hanya fokus pada penggunaan Dumbell sahaja.
Antara teknik senaman menggunakan dumbbell


 Banyak teknik untuk senaman lengan ni. Pembaca blog nebula kuda boleh cari di google. Asip sahabat saya mahu tambah apa-apa? silah ya. huhuhuhu
Hulk ni mana ada bersenam. Dia kena bahan kimia sahaja!
Hulk ni mana ada bersenam. Dia hanya kena bahan kimia sahaja. Kecoh!


Saturday, 19 May 2012

Panas..panas..panasnya..

Assalammualaikum kawan2 sume, saya asip, seperti yang diceritakan dalam introduction blog kami, asip kali ni nk mulakan coretan asip dengan kisah yang berkaitan dgn KEPANASAN.. hehehe.. bunyi mcm pelik, knapa asip persoalkan bab ni kat sini.


Kawan2, perasan x kalo kita duduk kat dlm bilik kadang2 kita rasa bahang atau panas. Sangat beruntung kalo rumah atau bilik seseorang tu mempunyai aircond atau penghawa dingin. Bagi yang pakai kipas pula, kadang2 rasa x cukup pakai satu je kipas, kan..kan.. hehehe.. 


Knapa asip bangkitkan isu kepanasan ni dan apa kaitannya dengan aircond dan kipas kat dlm rumah atau bilik.. 
Bukannya nk mengeluh atau x bersyukur, tapi asip nk cite pasal sesuatu yang berlaku pada kita skrg ni..


Cube kawan2 lihat dan amati ilustrasi yang asip buat dengan hanya menggunakan paint ni..



Illustrasi dimana bumi dlm keadaan yang panas..

Ha.. da tengok kan gambar kat atas ni, beginilah yang terjadi sekarang ni pada bumi kita yang indah dan permai ini. Jadi Mari kita mengenal bagaimana setiap proses ini berlaku sehingga menyebabkan berlakunya pemanasan global ini.

Bumi ini menjadi semakin panas dan hal ini telah dibangkitkan sebelum ini dan keadaan ini dikenali sebagai Global warming atau Pemanasan global. 

Sumber ni asip ambil dari url yang tertera :

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.
Kesilapan manusia terhadap alam sekitar menyebabkan banyak kesan negatif yang telah berlaku. Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Selain itu, berlakunya kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.
Antara faktor yang menyebabkan terjadinya pemanasan global ini adalah:
1. JEREBU
Jerebu boleh mengurangkan jarak penglihatan

Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan secara semulajadi. Fenomena jerebu ini boleh mengurangkan jarak penglihatan. Selain itu, jerebu juga boleh menjejaskan kesihatan manusia, misalnya kesukaran untuk bernafas.








penipisan lapisan ozon membawa kebimbangan kepada duniaSuhu bumi akan meningkat 2. PENIPISAN LAPISAN OZON
Klorofluorokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis.Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi dan boleh memberi kesan negatif kepada manusia seperti penyakit kanser kulit dan katarak mata.
3.  KESAN RUMAH HIJAU
Kawasan bandar menjadi panas berbanding sekitarnya.Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih banyak haba dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera.
4.PULAU HABA BANDAR
Hujan asid merbahaya kepada kesihatan manusia.Pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. Ia berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar. Akibatnya kita boleh mendapat sakit kepala.
5. HUJAN ASID
Kemarau menyebabkan tanah menjadi tandus dan gersangDi kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh tumbuhan, merosakkan binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid.
Dan akhir sekali adalah
6. KEMARAU
Kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan tumbuh-tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku.
Apabila berlakunya faktor-faktor di atas secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya peningkatan suhu kepada bumi. Cuba lihat graf di bawah ini yang menunjukkan suhu bumi yang semakin meingkat dengan cepat dari tahun ke tahun.
Jadi asip harap para pembaca blog ini sudilah memberi sedikit pandangan atau komen yang berkaitan dengan isu yang asip paparkan, walaupun isu ini sudah lama dibincangkan tetapi bagi asip kita semua masih tidak sedar akan hal yang mengakibatkan kemudaratan yang bakal kita hadapi.. 
Sesungguhnya Allah telah menjadikan kita sebagai khalifah dan bertanggungjawab menjaga semua hasil ciptaanNya dengan baik dan tidak melakukan sebarang kerosakkan yang boleh memudaratkan makhluk yang lain.. insyaallah.. 
ok kawan2 sampai sini dulu coretan asip untuk kali ini.. semoga kita jumpa lagi untuk isu2 yang lain.. insyaallah..